Bayaran Yuran Keahlian bagi Tahun 2020

Setiap ahli PERPENA yang berdaftar dikehendaki membayar yuran bulanan sebanyak RM1.00 sebulan ataupun RM12.00 setahun.

Persatuan Penolong Akauntan JANM

Telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 06 Februari 2014 dengan nombor pendaftaran PPM-017-16-06022014

Matlamat Penubuhan PERPENA

Pembentukan Sahsiah

Menjalankan Program dan Aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri.

Pendidikan

Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi kelahiran generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara.

Perakaunan

Memupuk minat ahli di dalam bidang perakaunan dan disiplin yang berkaitan.

Bantuan

Memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Perlindungan

Menggalakkan dan melindungi setakat mana yang mungkin kepentingan semua ahli persatuan.

Komunikasi

Menjadi saluran komunikasi yang rasmi dengan pihak berkuasa kerajaan dan orang awam.

Manfaat Ahli PERPENA

Semak Keahlian

Keahlian Perpena

Aliran Pendaftaran PERPENA
×

Bagaimana ingin menjadi ahli?

Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.


Syarat Keahlian PERPENA

  • Warganegara MALAYSIA
  • Umur Minima 18 Tahun
  • Berada di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan
  • Jawatan Penolong Akauntan Gred W29, W32, W36 & W40 atau setara dengannya
  • Membayar Yuran Pendaftaran dan Tahunan
Yuran Keahlian

Bayaran Pendaftaran: RM10

Yuran Tahunan: RM12

No Akaun PERPENA: 86-0190633-2 CIMB Islamic

Lucut Keahlian / Keistimewaan
Gagal Bayar Yuran Tahunan 2 Tahun Berturut-turut

Diberi surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha / Wakil Setiausaha.

Hilang keistimewaan sebagai ahli hingga hutangnya dijelaskan.

Gagal Bayar Yuran Tahunan 3 Tahun Berturut-turut

Akan lucut keahlian (selepas diberi peringatan berkaitan yuran tertunggak terlebih dahulu).

Dibenarkan masuk semula dengan pertimbangan Jawatankuasa dengan menjelaskan yuran tertunggak dan Yuran Pendaftaran semula.

Statistik

Tahun Ditubuhkan

2005

Ahli Berdaftar

Kalendar Program

Berita Terkini