
Jawatankuasa Persatuan Penolong Akauntan JANM (PERPENA) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Ahli yang beragama Islam
Menjalankan Program dan Aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri.
Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi kelahiran generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara.
Memupuk minat ahli di dalam bidang perakaunan dan disiplin yang berkaitan.
Memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Menggalakkan dan melindungi setakat mana yang mungkin kepentingan semua ahli persatuan.
Menjadi saluran komunikasi yang rasmi dengan pihak berkuasa kerajaan dan orang awam.
Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
Bayaran Pendaftaran: RM10
Yuran Tahunan: RM12
No Akaun PERPENA: 86-0190633-2 CIMB Islamic
Diberi surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha / Wakil Setiausaha.
Hilang keistimewaan sebagai ahli hingga hutangnya dijelaskan.
Akan lucut keahlian (selepas diberi peringatan berkaitan yuran tertunggak terlebih dahulu).
Dibenarkan masuk semula dengan pertimbangan Jawatankuasa dengan menjelaskan yuran tertunggak dan Yuran Pendaftaran semula.