PERPENA

PENDAHULUAN

Persatuan Penolong Akauntan JANM (PERPENA) telah didaftarkan di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 pada 06 Februari 2014 dengan nombor pendaftaran PPM-017-16-06022014 di alamat Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan, Aras 7, No. 2 Persiaran Perdana, Presint 2, Kompleks Kementerian Kewangan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62594 WP Putrajaya.

Ahli Jawatankuasa PERPENA

KETERANGAN LOGO

Huruf P yang digabungkan membawa maksud dengan keazaman yang tinggi, semangat yang jitu serta perpaduan yang utuh dikalangan ahli dapat melahirkan penolong akauntan yang berintegriti dan lebih berinovasi serta Proaktif dan Profesional.

Perkataan PERPENA merujuk kepada Persatuan Penolong Akauntan JANM.

Warna biru pada huruf P membawa maksud siratulrahim dan perpaduan yang kukuh dan sejahtera antara ahli. Maklamat berkongsi pengalaman dan sering bekerjasama bagi memudahkan proses kerja menjadi maklamat utama.

Warna merah pada huruf P dianggap sebagai tunjang dan kekuatan serta keazaman dan semangat yang jitu yang dapat menghasilkan impak positif, berintegriti dan pemangkin diri dikalangan ahli.

Warna kuning membawa maksud ketelusan, penuh semangat, efisien dan optimis di dalam transformasi kerja yang lebih berinovasi.

Imej bumi (globe) melambangkan kerjaya penolong akauntan yang bukan sahaja terhad di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.